Thursday, August 27, 2009

Amalan membersihkan tanah perkuburan


Memang menjadi amalan orang-orang Islam di negara kita setiap hendak menjelang bulan ramadan maka ramailah penduduk-penduduk kampung membersihkan kawasan tanah perkuburan. Amalan seperti ini menunjukkan perpaduan dan kerjasama yang penduduk kampung yang masih kuat. Penglibatan remaja dalam kerja-kerja amal seperti ini sangat-sangat dibanggakan.

Amalan membersihkan tanah perkuburan mempunyai nilai-nilai yang mulia seperti dapat mengingatkan ibubapa dan ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah. Ia menjadi contoh dan ikutan kepada masyarakat yang bukan beragama Islam.

Adalah disunatkan apabila memasuki kawasan tanah perkuburan orang-orang Islam untuk membaca salam. Didalam salam ini mengandungi makna bahawa kita juga akan turut bersama mereka suatu hari nanti.


Sayugialah diharapkan ibubapa akan dapat membawa anak-anak pergi bersama sebagai usaha mendekatkan diri mereka dalam kerja-kerja amal, mengingatkan akan kematian dan dapat berinteraksi dengan masyarakat kampung. Wasallam.

No comments: