Monday, August 11, 2008

Cari ilham di pantai Jerudong

Dipagi yang indah ini ku singgah di pantai Jerudong sebelum memulakan kuliah. Bunyi deruan ombak telah banyak mengeluarkan idea di fikiranku.
Dalam keseronokan itu, ku terpandang sebuah perahu nelayan meluncur laju untuk memulakan operasi menangkap ikan.
Tidak lama selepas itu ku lihat sebuah perahu pulang dari menangkap ikan, berkemungkinan nelayan ini telah berada di laut kira-kira 3 - 4 jam. Perolehan hari ini dijangkakan mungkin banyak.
Ku toleh disudut yang lain pula terpandang ku sebuah kerita sudah bersedia untuk menyambut ketibaan rakan mereka. Mereka telah bersedia dengan alatan untuk menempatkan hasil tangkapan.
Dalam perjalanan pulang terfikir oleh ku bahawa rezeki terletak dimana-mana tertakluk usaha masing-masing. Ku kagumi ciptaan Tuhan...!

No comments: