Wednesday, October 21, 2009

Saturday, October 10, 2009

Thursday, September 24, 2009

Selamat Hari Guru


"Siapa yang mengajarku walau pun satu huruf jadilah aku hamba kepadanya" - Sayyidina Ali

"Didiklah anakmu mengikut zamannya kerana zamannya tidak sama dengan zaman kamu" - Sayyidina Umar Al-Khattab

Thursday, August 27, 2009

Masjid Kampung Tamoi


Masjid Kampung Tamoi terletak di Kampung Tamoi (Kampung Ayer) berdekatan Kubah Makam Di Raja Brunei Darussalam. Jauhnya dari Bandar Seri Begawan adalah kira-kira 10 kilometer. Masjid ini boleh menampung hingga melebihi 1000 orang jemaah. Masjid ini merupakan tempat mengadakan sembahyang fardhu lima waktu, sembahyang jumaat dan aktiviti keugamaan bagi penduduk kampung Tamoi. Disamping penduduk kampung Tamoi, mahasiswa-mahasiswa KUPU SB dan pekerja-pekerja di kedai yang berhampiran juga turut bersembahyang di masjid ini. Wasallam.

Amalan membersihkan tanah perkuburan


Memang menjadi amalan orang-orang Islam di negara kita setiap hendak menjelang bulan ramadan maka ramailah penduduk-penduduk kampung membersihkan kawasan tanah perkuburan. Amalan seperti ini menunjukkan perpaduan dan kerjasama yang penduduk kampung yang masih kuat. Penglibatan remaja dalam kerja-kerja amal seperti ini sangat-sangat dibanggakan.

Amalan membersihkan tanah perkuburan mempunyai nilai-nilai yang mulia seperti dapat mengingatkan ibubapa dan ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah. Ia menjadi contoh dan ikutan kepada masyarakat yang bukan beragama Islam.

Adalah disunatkan apabila memasuki kawasan tanah perkuburan orang-orang Islam untuk membaca salam. Didalam salam ini mengandungi makna bahawa kita juga akan turut bersama mereka suatu hari nanti.


Sayugialah diharapkan ibubapa akan dapat membawa anak-anak pergi bersama sebagai usaha mendekatkan diri mereka dalam kerja-kerja amal, mengingatkan akan kematian dan dapat berinteraksi dengan masyarakat kampung. Wasallam.